Koir Shah Alam Shines Edisi Kebangsaan temui penonton 24&25 Mei nanti

Pada tahun ini sekali lagi program ini diangkat ke peringkat kebangsaan yang akan memberi peluang kepada pasukan koir terbaik di Malaysia. Program akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini.

Pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penghayatan kepada generasi muda mengenai lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu rakyat dalam membina hubungan masyarakat. Justeru, bagi memenuhi aspirasi bagi mengangkat lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu rakyat, pada tahun ini pertandingan Koir Shah Alam Shines turut diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pihak penganjur akan memaklumkan dari masa ke semasa mengenai perkembangan atau maklumat mengenai program ini.

Sebarang pertanyaan bagi petandingan ini, boleh hubungi talian Hotline kami di 01123291227 / 03 55222738/55222740 pada jam 8.00 pagi -5.00 petang.

Malam Puisi Riong-Shah Alam pukau penonton

“Istikrar Cinta” diterjermah di Teater Shah Alam

Setelah 5 tahun, Malam Puisi Riong-Shah Alam, kerjasama seni strategik MBSA-BH diadakan, pada kali ini Malam Puisi Riong Shah Alam yang membawakan tema “Istikrar Cinta” diadakan di dewan hebat iaitu Teater Shah Alam. “Istikrar Cinta” yang membawa maksud kesungguhan perasaan cinta yang didedikasi kepada Allah S.W.T dan kejadiannya, kasih saudara sesama manusia dan kasih kepada alam. Ia telahpun diterjermahkan oleh dua segmen bingkisan persembahan pada malam itu. Kehadiran peminat puisi pada malam itu adalah amat membanggakan.

Malam Puisi Riong-Shah Alam dikemudi oleh pengacara hebat Ahmad Fedtri Yahya. Tabir dibuka dengan gerak tari hebat oleh (KKSA). Penggiat seni muda Umar Uzair memulakan syair “Kau Pergi Tanpa Pesan” dan mendendangkan sebuah lagu keroncong. ASP Foo Chek Seng tampil bersama puisinya “Bumiku Hijau”.

Dalam pada itu, budayawan terkenal Datuk Dr Zurinah Hassan tampil berkolabrasi bersama penulis yang tidak asing Raihani Saaid yang juga merupakan anaknya. Melantunkan karya Cerita Rumah Kami, Sejarah dan Sajak, Dr Zurinah turut bersyair “Sejahtera Bandaraya Shah Alam”. Manakala Raihani Said melantunkan puisinya “Insan Pencerah”.

Bagi budayawan, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar, beliau tampil dengan Puisi “Doa dan Pintu Alam terbuka” dan Ratib Cinta II yang digabungkan secara nyanyian oleh Daqmie Maulaya.

Sementara itu, Pak Agi kali ini menampilkan naskah “Lapangan Ya-Ya-Ya”. Agi juga menggunakan kesempatan untuk melibatkan penonton sebagai plot puisinya.

 Puisi teaterikal oleh Kumpulan Sepresi

Bingkisan menarik turut disajikan kepada penonton iatu puisi teaterikal oleh Kumpulan Sepresi. Dibarisi empat karyawan muda iaitu Mohd Zulfahmee Ismail, Mohd Hatta, Nani Saudiar Zakir dan juga Momo Raja Lawak. Naskah “Si Burung Besi” dan “Patung-Patung” diterjemahkan melalui paduan bacuan puisi, elemen tari, lokanan dan nyayian. Persembahan khas yang mengenang MH370 itu tersebut turut menggabungkan artis tari dan lakon.

 Datuk Bandar berpuisi

Menceriakan majlis apabila Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Jaafar Haji Mohd Atan, Datuk Bandar Shah Alam tampil dengan membaca puisi “Istikrar Cinta” karya Mohd Zulfahmee Ismail. Sementara itu, Zainor Said daripada Berita Harian turut beraksi di pentas puisi. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar.

Imam Muda, Dayang Nurfaizah dan Azlan Typewriter meriahkan suasana

Malam Puisi terus hangat apabila artis tersohor tanah air iaitu Dayang Nurfaizah dan Azlan Typewriter memukau penonton. Dayang Nurfaizah tampil manis berbaju kurung dan berselendang menyanyi dua buah lagu iaitu Erti Hidup dan Di Pintu Syurga. Penonton pada malam itu juga disajikan dengan alunan zikir dan nyayian lagu ketuhanan oleh Imam Muda Nazrul. Malam Puisi Riong ditutup dengan persembahan bertenaga oleh Azlan Typewriter.

 Istikrar Cinta capai objektif

Tuntasnya, program ini mencapai objektifnya dan menampilkan mesej yang sangat baik. Kepelbagaian persembahan yang digarap dengan menggabungkan puisi, elemen gerak tari, teaterikal dan muzik disusun kemas untuk memastikan ia menjadikan sebuah bingkisan yang menarik.

Program ini berjaya mengumpulkan “orang-orang lama” dan generasi muda. Adalah tidak lain, tujuan utama pengajuran ini ialah bagi mengangkat dan menghargai karya puis dan mempromosi Shah Alam sebagai bandaraya yang berbudaya. Program ini mampu memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej kemanusian, alam dan ketuhanan kepada masyarakat.

Malam Puisi Riong Shah Alam

ACARA: MALAM PUISI RIONG SHAH ALAM

TARIKH : 19 APRIL 2014 (SABTU)
MASA : 8.30 MALAM – 10.30 MALAM
TEMPAT : TEATER SHAH ALAM

mlm puisi riong april 2014

 

Malam Puisi Riong Shah Alam membawa tema “Istikrar Cinta” akan menampilkan Imam Muda Nazrul, Dayang Nurfaizah, Azlan Typewriter, Ahmad Fedtri Yahya, Datuk Dr Ibrahim, Pak Agi, Datuk Dr Zurinah dan ramai lagi.

Kalian dengan segala hormatnya dijemput hadir.

Pesta Gelanggang Rakyat

Khusus kepada Warga Shah Alam yang disayangi.

Jangan lupa janji temu kita pada hari Sabtu, 15 MAC 2014 bertempat di SMK Seksyen 9 Shah Alam. Pelbagai acara riadah menarik menanti anda dan seisi keluarga.

Tak perlu berbelanja besar untuk aktiviti riadah keluarga. Bawa ahli keluarga anda untuk berseronok bersama 19 jenis permainan rakyat yang kami sediakan untuk anda.

  • Pernahkah anda bermain Tuju Tin, Galah Panjang atau Permainan Konda-Kondi?
  • Sekiranya anda tidak pernah bermain Permainan ini, pastinya anak-anak anda juga tidak tahu-menahu.

DEDAHKAN GENERASI MUDA KEPADA PERMAINAN BUDAYA MALAYSIA

Disediakan istimewa untuk warga Selangor dari MBSA

Lat Ta Li Lat

 

Program Lat Ta Li Lat (Permainan Rakyat)

Nama Acara: Program Lat Ta Li Lat 

Masa : 7.00 pagi hingga  12.30 tghari

Tarikh : 15 Mac 2014

Tempat: SMK Sek.9 Shah Alam, Selangor

Salam Bahagia kepada seluruh warga Selangor amnya dan Warga Shah Alam khususnya.

Bila kali terakhir anda bersorak keriangan?

Bila kali terakhir anda bersenam mengeluarkan peluh?

Bila kali terakhir anda beriadah bersama keluarga?

 

Acara menarik kepada seluruh warga Selangor dan Shah Alam. MBSA dengan kerjasama SMK Sek9 akan mengadakan acara PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT. Terdapat 19 jenis acara disediakan untuk anda.

Acara ini dinamakan program Lat Ta Li Lat. Selain dari pertandingan Sukan Rakyat, terdapat pelbagai acara menarik lain seperti persembahan tarian rakyat dan persembahan artis jemputan.

Lebih menarik lagi, anda bakal memenangi beberapa hadiah cenderahati sekiranya anda menang acara SUKAN RAKYAT. Rujuk aturcara program di bawah untuk makluman lanjut.

Masuk adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir. Bawa semua ahli keluarga anda. “Jom Main Galah Panjang”

program LAT TA LI LAT

 

Dari Jendela 2014

Year 2014

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bagi pihak tenaga kreatif laman budaya, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada tatapan khususnya peminat seni Shah Alam. Tahun 2013 telah jauh meninggalkan kita, umpama angin yang telah berlalu. Lewat tahun lalu, pentas laman budaya yang terkenal dengan “pentas seni untuk semua” tidak sunyi dari pelbagai aktiviti yang telah diadakan. Pelbagai warna-warni persembahan memenuhi kalendar aktiviti MBSA di ruang tersebut.
 
Memecah sepi taman tasik Shah Alam, dari showcase muzik, pelbagai gerak tari, persembahan kebudayan pelbagai kaum, pameran buku, seni jalanan, buskers, alunan bait-bait puisi, silat, teater, drumline, perkusi dan pelbagai lagi persembahan ditampilkan di pentas keramat itu.
 
Pada tahun 2014, pelbagai aktiviti seni dirancang oleh pihak MBSA untuk memartabatkan seni budaya di Shah Alam. Pada skala kecil, program Pusat Seni Setempat (PSS) akan berjalan seperti biasa di Laman Budaya dan juga di kawasan Shah Alam yang lain. Terdapat juga program-program yang akan dijalankan secara kerjasama dengan pihak Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor, pihak NGO dan persatuan-persatuan seni. 
 
Program yang berskala besar pula adalah seperti Festival Budaya Mahasiswa Uitm-MBSA, Pesta Gelanggang Rakyat, Festival Nasyid, Festival Kesenian Antarabangsa – 7 Negara, Malam Puisi Riong Shah Alam, Pertandingan Koir Shah Alam Shines Edisi Kebangsaan, Persembahan Teater Muzikal dan program Merentas Budaya 3 Kota – (Shah Alam- Surabaya-Hanam) akan berlangsung. Program ini akan dijalankan di Dewan Auditorium MBSA dan di bangunan Teater Shah Alam.
 
Menguruskan aktiviti seni adalah bukan tugas suka-suka. Memperkasakan agenda seni dan budaya adalah bukan tugas yang dipandang enteng oleh MBSA. Pihak MBSA sedaya upaya mempromosi dan mengangkat agenda seni ini demi memberi “Khidmat Terbaik” kepada masyarakat. Program seni dan budaya yang diadakan adalah satu usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat, memberi hiburan yang terkawal dan memberi peluang kepada masyarakat untuk berkarya dan menunjukkan bakat.
 
Akhir kata, semoga 2014 memberi limpahan rahmat buat kita semua. Kita berharap agar keharmonian kita terus terjaga. Kita harus bersama-sama dalam melestarikan kemaslahatan masyarakat tanpa prejudis. Kepada masyrakat di luar sana, sudi-sudilah bertandang di program-program kami.

Muzika Shah Alam

Tarikh acara : 14 dan 15 Disember 2013

Info : Acara MUZIKA SHAH ALAM membawakan  pelbagai agenda menarik seperti Teater Muzikal, Senamrobik, Pertandingan Permainan Tradisional, Showcase Combo MBSA, Gerak Tari, Silat, Deklamasi Puisi dan lain-lain acara.

Muzika Shah Alam

 

Foto-foto menarik sekitar acara Pertandingan Sukan Rakyat