Laman Utama

laman2

LAMAN BUDAYA terletak di Taman Tasik Shah Alam. Kawasan Riadah awam ini merupakan salah satu daya tarikan dan menjadi tempat tumpuan orang ramai khususnya warga kota Shah Alam untuk menikmati hiburan santai bersama keluarga. Kawasan laman budaya turut disewakan untuk pelbagai keraian seperti majlis perkahwinan, hari keluarga dan majlis pertunangan. Ia turut dipenuhi dengan gerai menjual barangan kraftangan pada hujung minggu.

Laman Budaya adalah lokasi utama penganjuran aktiviti kebudayaan dan kesenian anjuran pihak Majlis Bandaraya Shah Alam. Ia adalah pentas seni untuk semua.  Pihak MBSA bersama-sama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor berinisiatif dengan mengadakan pelbagai program Kebudayaan dan Kesenian yang unik.

Antara acara yang disediakan seperti berikut :-

rightShowcase Kombo MBSA

right Sesi pembelajaran perkusi

 rightmuzikal dan tarian kebudayaan

rightSeni jalanan

rightSeni puisi, silat, teater, koir, sastera

rightPertandingan permainan tradisional

rightPencarian bakat seni

rightAcara senamrobik Senam Seni

rightPersembahan nyanyian oleh artis tempatan

Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada, Institut Pengajian Tinggi(IPT), Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,penggiat-penggiat seni dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Sila catat di kelendar aktiviti anda untuk turut mengambil bahagian pada setiap  program-program menarik yang telah disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung pengisian aktiviti yang disediakan sila klik di pautan ini.

 

Laman Budaya

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti Pentas seni dan bilik persalinan dilengkapi dengan segala fasiliti kemudahan air dan eletrik.

Untuk sebarang urusan berhubung sewaan dan cadangan aktiviti sila berhubung di alamat di bawah :

Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam
Tel : 03-55222738/55222701
Faks : 03-55138513

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>