Program Usik Warisan

Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, MBSA telah berkerjasama dengan Pusat Kebudayaan UiTM dalam menjayakan program Usik Warisan yang menampilkan pelbagai tarian kebudayaan.
Berikut merupakan nama-nama pemenang Usik Warisan :-
Johan                            :           Kumpulan Melati
Naib Johan                :           Kumpulan Anggerik
Ketiga                           :           Kumpulan Perindu
Kostum Terbaik     :           Kumpulan Melati
Koreografer             :           Kumpulan Melati
Terbaik          
Kumpulan                  :           Kumpulan Seroja
Terbaik

Pertandingan Instrumentalis

Tarikh: 10 Nov 2013

Info : Pertandingan Instrumentalis, ia terbuka kepada yang berbakat dalam instrumen muzik, band, percussion, koir, acapella dan choral speaking. Terbuka untuk pelajar IPT& Pelajar Sekolah Menengah. Ekspresikan bakat anda! Penyertaan adalah percuma dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

 

Malam Puisi Riong Shah Alam Kembali

  

Pada kali ini MPR-SHAH ALAM mengangkat tema “SEKILAS KASIH” yang menekankan elemen Ketuhanan, Cinta Rasul, Kemanusian, Kenegaraan dan Alam. Bakal berlangsung pada 28 Jun 2013 di Laman Budaya Shah Alam yang merupakan hub seni seni di Shah Alam. Ia merupakan kali ke 4 kerjasama jitu antara  BH-MBSA. Masuk adalah percuma.

Sasterawan Negara yang Ke 12 iaitu Y.Bhg Dato’ Baha Zain akan beraksi. Selain itu, pentas LBSA juga akan menyaksikan persembahan Alyah, Aizat, Black, Pak Agi, Imam Muda Najdi, Raihani Mohd Saaid, Imran Rashidi Ibrahim, Mohd Hatta Mohd Yatim, Naque Ariffin dll. Kumpulan Mahakarya Shah Alam akan membawakan puisi “Sekilas Kasih” dan nyanyian secara koir.

Turut tampil ialah para pelajar cilik yang menggelarkan diri mereka sebagai Generasi Sakinah dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 27, Shah Alam. Pada kali ini MPR-SHAH ALAM merentasi 4 generasi utama, iaitu kanak-kanak, remaja, belia dan orang lama. Dalam pada itu, gerak tari patriotik dan kemanusian akan dizahirkan oleh Kumpulan Kesenian Shah Alam (KKSA)